ARTIKEL

Warga emas maut dalam langgar lari di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pejalan kaki warga emas maut selepas terlibat dalam satu insiden kemalangan langgar lari di Kilometer 2 Jalan Miri-Bintulu pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak  Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali Diong Ching Hwang, 84, beralamat di Jalan Hwa Kiau, Sibu.

“Satu kemalangan maut jalan raya, kes langgar lari berlaku di Kilometer 2 Jalan Miri-Bintulu pada 4 Mac 2019 jam lebih kurang 7.15 pagi melibatkan seorang pejalan kaki.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pasukan paramedik Miri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexson mendedahkan kenderaan yang melanggar mangsa telah melarikan diri dan tidak dapat dikenal pasti.

Jelasnya, usaha mengesan kenderaan terlibat sedang dipergiatkan melalui pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) dan saksi bebas yang melihat kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, kita memohon sesiapa yang ada menyaksikan kes kemalangan ini tampil beri maklumat kepada pihak polis,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kes masih dalam siasatan dan siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, Alexson berkata, polis juga melawat tempat kejadian dan mengambil rajah kasar dan gambar serta mengambil ukuran tempat kejadian.

“Mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Miri bagi tindakan selanjutnya,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha