ARTIKEL

Warga emas maut kemalangan kendiri 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dalam kemalangan kendiri berhampiran Ladang Chart Quest, Jalan Pan Borneo, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja- kerja menyelamat.

Setibanya di lokasi kejadian, katanya terdapat kemalangan kendiri melibatkan kenderaan Proton Saga FLX warna putih telah terbabas dan jatuh cerun dalam jarak 50 kaki dengan berketinggian cerun lebih kurang 20 kaki.

“Berdasarkan maklumat saksi, kejadiaan berlaku lebih kurang jam 3.30 petang yang mana terdapat seorang mangsa lelaki tercampak keluar dalam jarak tiga meter dari kereta dalam keadaan meniarap,” katanya. 

Tambanya, kaedah sizeup dilakukan berkonsepkan SAVER, bagi menaikkan mangsa menggunakan pengusung, satu gulung ‘webbing’ dan tali penyelamat untuk menarik pengusung sehingga mangsa dapat dibawa naik ke jalan besar.

Mangsa, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU