ARTIKEL

Warga emas maut, kereta bertembung lori di Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang warga emas berusia 71 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Kedap dekat sini, kira-kira 8:30 pagi tadi.

Ketua BBP Saratok PPgB Nazry Mohamat memberitahu, insiden melibatkan kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa, Jonathan Tingang Empeni yang bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Sibu.

Katanya, mangsa bergerak dari rumah panjangnya dekat Rh. Mara Sungai Belong untuk ke Pekan Saratok,

“Ketika bomba sampai, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“”Pihak kita berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh dua minit. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Saratok,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Jelasnya, pemandu lori dan seorang lagi rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU