ARTIKEL

Warga emas maut selepas langgar tiang tumbang di jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar sebatang tiang telekomunikasi yang tumbang berhadapan Pejabat Daerah Asajaya, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 3.15 petang lalu menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah lori telah terlekat pada kabel telekom dan mengheret kabel tersebut beberapa meter dari lokasi asal dan menyebabkan beberapa tiang tumbang di tengah jalan.

Mangsa, 74 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah melanggar tiang telekomunikasi tumbang.

“Salah satu tiang dipercayai telah dilanggar oleh penunggang motosikal.

“Mangsa, 74, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak memotong kabel-kabel yang menghalang laluan kenderaan serta mengalihkan tiang-tiang ke sisi jalan setelah mendapat kebenaran pegawai Telekom yang berada di lokasi.

Pasukan bomba memotong kabel dan mengalih tiang yang tumbang ke sisi jalan.

Katanya, operasi tamat pada jam 4.32 petang setelah kerja pembersihan dilakukan dan tiada halangan serta kemerbahayaan kepada pengguna jalan raya.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU