Warga emas meninggal dunia terperangkap dalam bilik mandi

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terperangkap di dalam bilik mandi rumah sewanya di Jalan Hua Tai di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, mangsa, Wong Yuk King, 62, yang berseorangan ketika kejadian dipercayai terperangkap dalam bilik mandi berkenaan sejak awal pagi.

Katanya, enam anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dari pihak hospital pada jam 7.01 pagi.

“Setibanya ditempat kejadian, kami mendapati ada orang terkunci di dalam bilik mandi. Kami memanggilnya berkali kali namun berkali-kali namun tidak ada respon.

“Berikutan itu, kami membuka pintu bilik mandi tersebut menggunakan peralatan khas dan mendapati ada seorang lelaki terbaring di dalamnya,” katanya ketika dihubungi media.

Mahmudin berkata, sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, Bomba berusaha memberi bantuan penafasan (CPR).

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebagai tindakan lanjut,” ujarnya.

Keadaan pintu bilik mandi mangsa selepas berjaya dibuka oleh pasukan Bomba.

Suara Sarawak