ARTIKEL

Warga emas parah rempuh belakang lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Lelaki warga emas cedera parah di kepala setelah motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di persimpangan lampu isyarat Batu 15, Jalan Kuching-Serian, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supritendan Alexson Naga Chabu berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.50 pagi ketika pemandu lori berusia 52 tahun itu sedang bergerak dari Batu 16 menghala ke stesen minyak di Batu 18.

“Ketika lori terbabit sedang bergerak ke kanan jalan semasa lampu isyarat Batu 15, Jalan Kuching-Serian berwarna hijau, tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa berusia 79 tahun datang dari arah Kuching melanggar bahagian tayar belakang sebelah kiri lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans.

Alexson berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU