NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Warga emas patah kaki kanan jatuh tingkat 4

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Anggota bomba mengangkat warga emas yang terjatuh dari tingkat empat Pangsapuri Sungai Plan

BINTULU: Seorang lelaki warga emas patah kaki kanan selepas terjatuh dari tingkat empat Pangsapuri Sungai Plan dalam kejadian kira-kira 7 pagi tadi.

Mangsa yang berusia 94 tahun itu kemudiannya tersangkut di atas bumbung tingkat satu pangsapuri terbabit diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.01 pagi dan tiba ke lokasi kejadian kurang 20 minit kemudian.

“Sebaik sahaja anggota tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di atas bumbung tingkat satu bangunan terbabit.

“Anggota kemudiannya menggunakan tangga jentera ke tingkat satu bagi menurunkan mangsa menggunakan pengusung” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan patah kaki kanan dan dirujuk kepada pihak Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru