ARTIKEL

Warga emas pembuat senapang angin dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya berpandukan Google, seorang warga emas boleh menghasilkan senapang angin buatan sendiri, namun membawa padah apabila menyebabkannya ditangkap polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata suspek berusia 60 tahun ditangkap di sebuah lot rumah kedai di Jalan Mendu, sekitar jam 6.45 petang semalam.

“Suspek didapati memiliki tiga laras senapang angin buatan sendiri dan beberapa biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata suspek tinggal bersendirian dan bekerja sebagai pekerja am.

“Tujuan suspek membuat senapang angin ini kononnya adalah untuk melindungi diri.

“Dia belajar membuat senapang angin daripada Google,” katanya.

Awang Din berkata suspek juga didapati mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.

Dia kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960.

Tiga laras senapang angin yang dirampas daripada suspek.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu