CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

WARGA EMAS rentan hidap SAKIT LUTUT

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KESAKITAN serta pergerakan terbatas pada bahagian sendi lutut sering dialami oleh warga tua.

Tidak asing lagi jika golongan berumur 65 tahun ke atas mengadu sakit lutut dan sukar bergerak dengan normal kerana ketegangan sendi lutut yang menyakitkan.

Satu daripada tiga orang warga emas mengalami sakit lutut. Malah, mungkin dalam kalangan ahli keluarga kita juga mengalami kondisi yang sama.

Ibu bapa yang berumur dan bersara antara golongan yang selalu mengalami masalah ini.

Penyakit lutut yang dimaksudkan ialah osteoartritis, penyakit sendi paling kerap ditemui.

Penyebab utama osteoartritis ialah kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat — menjadi haus dan terhakis.

Tulang rawan pada sendi lutut berfungsi menyerap tekanan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan tulang kaki pada sendi iaitu tulang femur dan tibia.

Jika lapisan tulang rawan tersebut rosak dan haus, kedua-dua permukaan sendi tulang femur dan tibia saling bergeser sehingga menyebabkan keradangan pada sendi lutut.

Lapisan tulang rawan sepatutnya melindungi permukaan sendi lutut dan memudahkan pergerakan.

Namun, penghidap osteoartritis mengalami kesakitan dan kesukaran setiap kali menggerakkan lutut kerana lapisan pelindung tersebut rosak.

Baca lain  KOLESTEROL TINGGI punca STROK, SAKIT JANTUNG

Untuk makluman, osteoartritis juga menyerang sendi pinggul, sendi pada bahagian tulang belakang dan sendi tangan.

Bagaimanapun, sendi lutut paling terkesan.

FAKTOR LAIN SAKIT LUTUT

Selain faktor umur yang meningkat, terdapat juga faktor lain yang menyebabkan osteoartritis.

Antaranya faktor keturunan, tekanan biomekanikal pada sendi, proses biologi dan proses kimia dalam tubuh seseorang.

Sejarah kecederaan dan trauma pada lutut juga menyumbang kepada penyakit ini.

Obesiti juga meningkatkan risiko penyakit osteoartritis pada lutut.

Banyak kajian ilmiah menunjukkan perihal hubung kait antara Indeks Jisim Tubuh (BMI) dengan osteoartritis.

Hal ini kerana, berat badan berlebihan menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi bahagian kaki dan tulang belakang.

Rawatan bagi osteoartritis bergantung kepada keadaan pesakit dan secara berperingkat.

Rawatan pembedahan merupakan peringkat terakhir.

Kaedah rawatan merangkumi pengambilan Ubat penahan sakit, terapi senaman, rawatan fisioterapi, Pengubahsuaian aktiviti harian agar sendi terlibat kurang Tekanan, menurunkan berat badan dan suntikan cecair sendi sentetik.

Jika cara tersebut masih gagal mengawal gejala, pesakit ditawarkan rawatan pembedahan penukaran sendi palsu bergantung kepada persetujuan pesakit sendiri.

Baca lain  Gelombang baharu Covid-19, dijangka decah 65 juta

Sebagai fisioterapi yang  bertauliah, saya berpendapat pesakit seboleh-bolehnya berusaha mengelak rawatan

pembedahan sendi palsu kerana komplikasinya lebih merisaukan berbanding gejala osteoartritis itu sendiri.

Antara komplikasi pembedahan termasuklah jangkitan kuman, pembentukan darah beku di sendi, jahitan terbuka, sendi palsu menjadi longgar, kegagalan komponen sendi palsu serta pembedahan ulangan.

Walaupun kadar komplikasi Hanya dalam Lingkungan 1 hingga 2 peratus, kesakitan Selepas pembedahan lebih signifikan berbanding sebelumnya.

RAWATAN KONSERVATIF

Saranan saya, pesakit boleh mengurangkan gejala dengan lebih

berkesan dan selamat melalui rawatan konservatif.

Ia boleh dimulakan dengan mengawal berat badan. Berat badan berlebihan menyebabkan bebanan tambahan pada sendi badan yang menyebabkan kesakitan.

Menurunkan berat badan beberapa kilogram dapat membantu mengurangkan tekanan terbabit dan mengurangkan kesakitan.

Berat badan yang sihat juga dapat mengurangkan risiko masalah

kesihatan yang lain seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Tidur yang cukup buat warga emas amat penting untuk merehatkan otot dan sendi mereka.

Rehat yang cukup dapat mengurangkan bengkak dan keradangan pada lutut.

TIDUR CUKUP

Penjagaan diri yang optimum dan waktu tidur yang cukup pada waktu malam juga membantu pesakit menguruskan kesakitan dengan lebih efektif.

Baca lain  Nasihat sambut Aidilfitri Berhenti sebelum kenyang

Pesakit osteoartritis juga boleh mengamalkan terapi haba dan terapi sejuk untuk mengurangkan kesakitan otot dan sendi yang tegang.

Pek haba boleh diletakkan pada sendi yang terkesan jika tiada bengkak sahaja.

Manakala, jika sendi yang sakit mengalami bengkak, langkah terbaik ialah meletakkan pek sejuk atau pek berisi ais beku selama 15 hingga 20 minit, beberapa kali dalam sehari.

Rawatan senaman antara kaedah yang lebih menyeluruh dan membantu pesakit untuk jangka masa panjang.

Aktiviti fizikal menguatkan otot di sekitar sendi dan ini membantu mengurangkan ketegangan.

Utama sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit pergerakan fizikal minimum tiga kali seminggu.

Pilih aktiviti ringan dan kurang impak tekanan pada sendi seperti berjalan dan berenang.

Tai chi dan yoga juga dapat meningkatkan fleksibiliti sendi dan membantu menguruskan kesakitan dengan lebih baik.

Akhir kata, saya berharap setiap warga emas mengamalkan saranan tersebut demi mengurangkan risiko osteoartritis.

Amal cara hidup sihat, pasti dapat menghapuskan simptom sakit lutut dan meningkat kualiti hidup warga emas di negara kita.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru