ARTIKEL

Warga emas rentung terperangkap dalam kedai runcit di Jalan Kubong Kampung Batu Bakarang Limbang awal pagi tadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Seorang wanita warga emas ditemui rentung selepas terperangkap dalam kedai runcit yang terbakar dalam kejadian di Jalan Kubong Kampung Batu Bakarang Limbang sekitar jam 2 pagi tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan umur 70-an tersebut tidak berjaya diselamatkan kerana lumpuh anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berdasarkan maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak memaklumkan Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Limbang menerima laporan kecemasan sekitar jam 2.30 pagi dan lapan anggota digerakkan ke lokasi bersama sebuah FRT dan EMRS diketuai Mohd Ismail Assan.

“Setibanya di lokasi didapati api marak memusnahkan sepenuhnya satu blok bangunan yang dijadikan premis kedai runcit (kedai jenis separuh kekal) berkeluasan 100 kaki panjang dan 60 kaki lebar.

“Bagaimanapun tiga orang mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri manakala seorang wanita yang juga ibu kepada keluarga mangsa terperangkap dan maut di tempat kejadian,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pemeriksaan juga didapati terdapat bahan bakar di dalam premis selain dari bahan runcit seperti Gas Petroleum Cecair (LPG) dan bahan minyak yang mudah terbakar.

“Mangsa maut telah diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya manakala tiga mangsa yang mengalami kecederaan melecur anggota badan dikejarkan ke Hospital Limbang

“Sehingga jam 5.58 pagi tersebut, kebakaran berjaya dikawal dan kerja-kerja “overhaul” masih dilakukan sekitar jam 6.55 pagi oleh komander operasi,” ujarnya lagi.

Difahamkan Premis Kedai Runcit Yi Mart tersebut dihuni oleh sebuah keluarga Cina yang terdiri dari empat ahli keluarga iaitu seorang lelaki (ayah) berusia 80-an, seorang wanita (ibu) berusia 70-an dan dua orang wanita masing-masing berusia 50-an.

Difahamkan perniagaan keluarga tersebut telah lama beroperasi sejak tahun 2018, menjual pelbagai barang keperluan asas pelbagai guna kepada pelanggan.

Menurut ahli keluarga mangsa kebakaran berpunca dari dalam kedai sebelum merebak ke kawasan tempat tinggal mereka dalam kedai.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan taksiran kerugian belum dapat dipastikan.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU