Trending

Warga emas tak mengaku seludup dua migran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan menyeludup masuk dua orang migran wanita dari Indonesia, Jun lalu.

Tertuduh Ronyeh Ribos, 64, membuat pengakuan selepas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin.

Selain itu, Mahkamah juga memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengangkut dua migran wanita bernama Zahriatul Latifah dan Normah di Kampung Sepadah, Jalan Lundu Bau, kira-kira jam 5 pagi, 6 Jun lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan penyeludupan migran.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes pada 19 September hingga 22 September tahun 2022.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruthra Raj manakala tertuduh diwakili peguam Francis Teron.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru