ARTIKEL

Warga Indonesia dicekup miliki dadah di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seorang lelaki Indonesia dipercayai membawa dadah ditahan polis selepas kelihatan mencurigakan di tepi Jalan Semumok, semalam.

Penganggur berusia 36 tahun itu ditahan sekitar jam 12.30 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Betong ketika membuat serbuan di kawasan kejadian.

ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Hasnir Abdul Hamid berkata suspek didapati membawa dadah jenis syabu setelah pemeriksaan lanjut dibuat terhadapnya.

“Hasil pemeriksaan badan yang dijalankan terhadap suspek menjumpai 29 tiub straw plastik mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki syabu.

“Suspek ketika itu berseorangan bersama dadah seberat 11.60 gram ditahan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Betong untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnir berkata, suspek yang sudah berkahwin itu bagaimanapun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Suspek kini dalam proses permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun serta dikenakan tidak melebihi sembilan sebatan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU