ARTIKEL

Warga Indonesia diingatkan jaga nama baik negara ketika di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masyarakat Indonesia diingatkan agar menjaga nama baik negara dengan menjauhi segala bentuk anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia khususnya Sarawak.

Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Yonny Tri Prayitno berkata selain bekerja dan mencari nafkah di Malaysia, mereka perlu mematuhi peraturan sepanjang berada di negara ini.

Beliau turut berpesan kepada mereka agar memelihara serta mengekalkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di kalangan mereka selain menjaga keharmonian dan kesejahteraan sesama mereka.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan mereka agar tidak terlibat atau melibatkan diri dalam kegiatan tidak sihat terutama penyalahgunaan dadah yang beliau sifatkan bukan sahaja boleh merosakkan anggota tubuh badan, tetapi, juga menjejaskan kesihatan.

Yonny berkata demikian ketika merasmikan sambutan peringatan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-74 anjuran Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia(FORKAMI) Sarawak Bahagian Bintulu yang diadakan di Pantai Tanjung Batu, di sini.

MERDEKA.. Yonny bersama Yusuf, Sani dan anak-anak Indonesia melaungkan MERDEKA semasa sambutan peringatan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-74 Republik Indonesia di Pantai Tanjung Batu di Bintulu.

Hampir 300 warga Indonesia di sekitar Bintulu menyertai acara sambutan Hari Kemerdekaan negaranya kali Ke-74 yang bertemakan ‘Membangun Kebersamaan Menciptakan Kesuksesan’ dalam suasana yang sederhana tapi cukup meriah.

Sambutan yang dimulakan seawal jam 8 pagi di Pantai Tanjung Batu di sini turut disertai para pelajar sekolah dasar (sekolah rendah) dan sekolah menengah atas (sekolah menengah), selain warganya yang bekerja dan menetap di sini.

Pelbagai aktiviti sampingan seperti sukan tradisional dan gerai jualan masakan tempatan Indonesia turut diadakan bagi memeriahkan acara sambutan.

Pengerusi FORKAMI Sarawak Bahagian Bintulu Mohamad Yusuf Himawan dan Ketua Polis Balai Bintulu ASP Mohd Sani Junid hadir sama.

APA KHABAR.. Yonny beramah mesra dengan kadet polis cilik Republik Indonesia yang menyertai sambutan peringatan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-74 Republik Indonesia di Pantai Tanjung Batu di Bintulu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu