ARTIKEL

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas pada sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. Seorang pendatang tanpa izin ditahan di Langkap, Teluk Intan Isnin lepas, kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah sejak Mac lalu. Hasil pemeriksaan berjaya menemui sebuah beg beroda berzip dan di dalamnya terdapat 20 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat sembilan kilogram dengan nilai berjumlah kira-kira RM110,000. -fotoBERNAMA

Warga indonesia ditahan bersama dadah bernilai RM110,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang pendatang tanpa izin ditahan di Langkap, Teluk Intan Isnin lepas kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah sejak Mac lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek yang merupakan warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah dalam serbuan pada pukul 9.30 malam.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis telah menemui sebuah beg beroda berzip dan di dalamnya terdapat 20 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat sembilan kilogram dengan nilai berjumlah kira-kira RM110,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini yang boleh digunakan 11,000 orang penagih dadah.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– Bernama

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual