ARTIKEL

Warga Indonesia ditemui mati dalam kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemui mati di dalam sebuah kereta di Jalan Wong Nai Siong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, terdahulu mangsa dijumpai oleh orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

“Balai Polis Sentral Sibu menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta di lokasi tersebut pada jam 5.40 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli mengatakan siasatan di lokasi kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menemui satu mayat lelaki warganegara Indonesia lengkap berpakaian, berumur 40 tahun di dalam sebuah kereta.

Menurutnya lagi, tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Mayat telah dihantar ke hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU