ARTIKEL

Warga Indonesia ditemui meninggal dunia dalam tandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah tandas di dalam bilik sewa di Lorong Lee Ling, Taman Lee Ling, Jalan Matang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi yang mengesahkan kejadian mengatakan bahawa
mangsa yang merupakan warganegara Indonesia ditemui oleh orang awam sekitar jam 10.20 malam.

“Mangsa berusia 57 tahun dan berasal dari Dusun Sutera Parit Baru Salatiga Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd Irwan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Padawan yang hadir di lokasi turut mengesahkan tiada sebarang tanda-tanda jenayah mahupun penemuan objek tajam ataupun tumpul di tempat kejadian, ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU