Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Warga Indonesia hilang dikhuatiri disambar buaya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Anggota Bomba melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa disambar buaya

LAWAS: Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri hilang disambar buaya di Sungai Merapok, Blok C, Ladang Kelapa Sawit Kuala Lawas, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas berhubung kejadian kira-kira jam 8.57 pagi.

Anggota Bomba melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa disambar buaya

Katanya, menurut maklumat yang diperoleh, mangsa disambar buaya ketika melakukan aktiviti memancing.

“Enam anggota BBP Lawas bersama jentera, sebuah pikap dan bot digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota Bomba melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa disambar buaya

Beliau berkata, komander operasi menjalankan pencarian di sekitar kawasan mangsa disambar buaya menggunakan bot penyelamat.

Sementara, usaha mencari mangsa masih dijalankan sehingga kini.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News