ARTIKEL

Warga Indonesia kendali mesin judi didenda RM10,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mengendalikan mesin judi, Januari lalu.

Tertuduh Tju Miaw Bie, 37, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Lorong Kota Padawan, sekitar jam 3.45 petang, 22 Januari lalu.

Menurut fakta kes, pihak polis melakukan serbuan di sebuah rumah kerana disyaki terdapat aktiviti judi haram dan menahan seorang lelaki warga asing.

Pemeriksaan lanjut menjumpai barang yang disyaki digunakan aktiviti perjudian iaitu dua unit televisyen, lapan kayu ria, alat kawalan tambah nilai, modem Wifi, tiga unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM260.

Selain itu, hasil siasatan pakar judi mengesahkan bahawa alat kawalan tambah nilai adalah mesin permainan judi yang menawarkan pertaruhan kerana mata kemenangan boleh ditebus dengan wang semasa permainan berakhir.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU