ARTIKEL

Warga kerja baharu Sedidik perlu beri perkhidmatan terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua warga kerja SeDidik yang baru berkhidmat perlu memberikan komitmen serta ketekunan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan bermutu tinggi.

Menurutnya lagi, usaha gigih dan dinamik ini juga merupakan satu langkah yang boleh membantu SeDidik yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) mampu mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

“Saya juga ingin menyeru semua kakitangan baharu supaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan, ilmu pengetahuan dan kepakaran masing-masing.

“Tanpa mengira sama ada pendidik, pembantu pendidik, pengawal keselamatan sehinggalah pegawai supaya sentiasa bersifat inovatif dan kreatif, selain bersikap berdaya saing yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibaca Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus sempena Majlis Perasmian Kursus Induksi Sedidik Tahun 2023 di Hotel Raia di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar SeDidik Ayub Dahari dan lain-lain.

Ayub (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rosey (kiri) selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Induksi Sedidik Tahun 2023 di Hotel Raia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu