ARTIKEL

Warga kerja DBKU berpeluang buka puasa bersama Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekitar 250 kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diraikan pada majlis berbuka puasa bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, malam tadi.

Majlis berbuka puasa dan solat berjemaah yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan penuh manfaat itu berlangsung di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, sini.

Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan silaturahim dan menyuburkan semangat perpaduan serta kerjasama dalam kalangan warga kerjanya.

Dalam majlis tersebut juga, seramai lima orang anak yatim berusia bawah 15 tahun, anak-anak kepada warga kerja DBKU yang telah meninggal dunia turut diraikan.

Mereka turut menerima sumbangan Ramadan daripada Abang Johari.

Abang Johari juga meluangkan masa beramah mesra dengan semua kakitangan DBKU, diikuti menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; Adun Satok Datuk Ibrahim Baki; Adun Tupong Fazzruddin Abdul Rahman; Datuk Bandar DBKU Datuk Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU Mohamad Khaidir Abang.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Datuk Bandar DBKU Datuk Junaidi Reduan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU