ARTIKEL

Rosey ketika merasmikan majlis sambutan hari guru anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak.

Warga pendidik diingat sentiasa berhati-hati guna media massa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kerjaya sebagai guru atau pendidik merupakan kerjaya yang perlu dibanggakan kerana ia merupakan pemangkin masa depan negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata, kerjaya sebagai guru adalah sebagai pembuka kepada lembaran kepada hala tuju masa depan anak-anak.

“Sebagai seorang guru, kita kena tahu peranan kita iaitu membentuk masa depan negara, dan tanpa guru siapalah kita.

“Kita tidak akan dapat jadi cikgu, doktor, wakil rakyat, peguam, raja dan sebagainya sekiranya tiada guru yang sebelum ini yang mendidik kita sehingga berjaya.

“Lihatlah betapa pentingnya peranan seorang guru atau pendidik sehingga mampu menjadi pengasas kepada masa depan seseorang,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan hari guru anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan warga pendidik untuk sentiasa berhati-hati menggunakan media massa.

“Media massa sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu menyampaikan maklumat kepada orang ramai, namun ia juga boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya ia disalahgunakan.

“Ia merupakan kemudahan untuk kita mencari ilmu, tetapi kalau tersalah guna, ia akan merosakkan akal fikiran kita.

“Justeru itu, sebagai seorang guru atau pendidik, kita perlu bijak dalam menggunakan media massa dengan memilih kandungan yang hanya memberi manfaat atau faedah sahaja,” jelasnya.

Mengulas tentang tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani’, beliau berkata bahawa ia adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak iaitu ke arah pendigitalan.

Selain itu katanya, ia juga bertepatan dengan kemajuan serta keperluan negara kita khususnya di Sarawak yang kini ke arah tenaga hijau.

BERITA LAIN

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup