ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Khaw (duduk depan, tengah) merakam kenangan bersama anggota JSJN Kontijen Sarawak.

Warga polis digesa titik berat integriti dan disiplin, dukung dasar kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Semua kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sarawak digesa agar menitikberatkan integriti dan disiplin dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Datuk Khaw Kok Chin, berkata perkara itu penting supaya tidak wujud sebarang ketirisan dalam pasukan, sekaligus dapat menjaga integriti serta keharmonian JSJN.

“Disebabkan itu, kita perlu berpegang kepada dua fokus utama Ketua Polis Negara iaitu memberikan perkhidmatan yang bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi perjumpaan bersama warga Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak di sini, semalam.

Pada masa sama, Khaw turut menggesa anggota JSJN Kontinjen Sarawak agar menjadi teladan dan mempamerkan tata kelola yang baik kepada pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka.

Di samping itu, ujarnya, kesemua anggota harus melakukan penyeliaan dan pemantauan berterusan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara serta Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawal Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Baca lain  Maut kereta rempuh dinding hospital

“Penekanan terhadap penyiasatan secara agresif juga perlu dilaksanakan agar pengedar-pengedar dadah dapat dituduh dan disabitkan dengan hukuman yang lebih berat.

“Selain itu, tindakan secara berterusan ke atas kawasan-kawasan tumpuan penagihan dadah dapat dimusnahkan sepenuhnya, manakala setiap tangkapan perlu diambil tindakan susulan agar pengedaran dadah dapat dihapuskan hingga ke akar umbi,” tegasnya.

Beliau turut menasihatkan kesemua anggota agar tidak terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan menjadi musuh dalam selimut. 

Warga JSJN Sarawak juga diminta bekerja dengan penuh keikhlasan dan berintegriti demi memartabatkan imej PDRM di mata masyarakat, katanya.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh