ARTIKEL

Warga Taiwan disyaki hilang di Taman Negara Bako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang warga emas Taiwan disyaki hilang ketika aktiviti ‘Jungle Trekking’ di Telok Asam Taman Negara Bako hari ini.

Mangsa, 70 tahun dipercayai terpisah daripada dua rakannya ketika menjalani jungle trekking di lokasi kejadian sekitar jam 2 petang.

Menurut info Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua rakannya yang selamat tiba di lokasi permulaan segera melaporkan kehilangan mangsa jam 6.30 petang kepada pihak Renjer Taman Negara berkenaan.

Kenyataan itu berkata, usaha pencarian awal telah dilakukan oleh pihak Ranjer sejurus laporan dibuat, namun setakat ini tiada laporan mengesahkan mangsa ditemui.

Jelas kenyataan tersebut, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini sedang dilakukan di sekitar kawasan kejadian.

“Seramai lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya sudah bergerak ke lokasi kejadian bagi operasi mencari mangsa dikhuatiri hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat turut disertai empat ahli Renjer Taman Negara Bako, empat anggota Persatuan Bomba Sukarelawan Indah serta bantuan daripada Persatuan Bot seramai lima orang,” jelas kenyataan tersebut.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU