ARTIKEL

Warga Taiwan ditemui selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warga Taiwan, Shein Chi Ching yang hilang ketika aktiviti ‘Jungle Trekking’ di Telok Asam Taman Negara Bako tempoh hari telah ditemui selamat.

Ketua operasi Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, TPgB Faizal Sahari berkata mangsa, 70 tahun itu bagaimanapun dilaporkan balik ke bilik penginapan pada jam 7.30 pagi tadi.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, mangsa dipercayai terpisah daripada dua rakannya ketika menjalani jungle trekking di lokasi kejadian sekitar jam 2 petang.

Kedua-dua rakannya yang selamat tiba di lokasi permulaan segera melaporkan kehilangan mangsa jam 6.30 petang kepada pihak Renjer Taman Negara berkenaan.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang disertai seramai 17 anggota daripada BBP Tabuan Jaya, Polis Diraja Malaysia, Renjer Taman Negara Bako dan Persatuan Bomba Sukarelawan Indah ditamatkan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan