ARTIKEL

DR Annuar (tengah) ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Warga UTS kongsi kesedihan pemergian Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Seluruh warga Universiti Teknologi Sarawak (UTS) turut berdukacita dengan pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Pengerusinya Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini kerana Tun merupakan canselor pertama UTS.

“Tun juga pelopor penubuhan UTS sejak 10 tahun lalu.

Pemergian Tun sangat dirasai oleh UTS, sehingga kita menamakan satu dewan di sini iaitu Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud,” katanya kepada media di sini sebentar tadi.

Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak terdahulu menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Akademik Baharu “Bachelor Of Science In Occupational Safety and Health (Honours)”.

Beliau juga berkata, kehilangan Tun bukan sahaja dirasai oleh UTS sahaja malah seluruh negara.

Menurut lagi, Tun merupakan pemimpin yang mempunyai sumbangan dan jasa yang besar kepada negara dan negeri ini khususnya.

“Tun bukan sahaja berkhidmat untuk peringkat negeri sahaja malah peringkat persekutuan. Oleh itu, kehilangannya sangguh besar kepada seluruh Sarawak dan juga negara.

“Tidak mudah untuk kita mencari ganti pemimpin tersohor seperti Tun ini,” kata Adun Nangka itu.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar