HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Warisan kaum Badeng “Sun Hat” di Universiti Oxford dipulangkan semula kepada Sarawak 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP… Abdul Karim bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Warisan Sarawak Bil.2/2022 di Bilik Mesyuarat Mulu, di Bangunan Baitulmakmur II, dekat sini, hari ini. (Alif Noni)  
BERCAKAP… Abdul Karim bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Warisan Sarawak Bil.2/2022 di Bilik Mesyuarat Mulu, di Bangunan Baitulmakmur II, dekat sini, hari ini. (Alif Noni)

KUCHING: Warisan kaum Badeng “Sun Hat” yang pernah diserahkan kepada Muzium Pitt Rivers di Universiti Oxford oleh Keluarga Brooke akan dipulangkan semula kepada negeri ini melalui Jabatan Muzium Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan antara sebahagian set daripada enam objek yang didokumentasikan di dalam Buku Daftar Perolehan Muzium Sarawak.

Menurutnya, pada 1905 Rajah Charles Brooke telah menubuhkan sebuah mini Muzium Sarawak di Cirencester dan “Sun Hat” adalah salah satu daripada objek yang dipamerkan di muzium tersebut.

“Selepas muzium tersebut ditutup pada 1917, objek ini telah didermakan oleh Keluarga Brooke kepada sebuah institusi di United Kingdom iaitu Muzium Pitt Rivers, Universiti Oxford. Dan kini ia akan dipulangkan kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Warisan Sarawak Bil.2/2022 di Bilik Mesyuarat Mulu, di Bangunan Baitulmakmur II, dekat sini, hari ini.

Dalam hal berkaitan, tambahnya terdapat juga beberapa pihak ingin menderma objek warisan kepada Jabatan Muzium Sarawak.

Antaranya J.B. Lim dari Pulau Pinang yang mendermakan dua bilah Parang Ilang Mandau; Datuk Richard Curtis pula menyerahkan peta miliknya yang berbentuk lakaran iaitu sebahagian daripada “Sarawak Proper” dan dipercayai dilakar sekitar tahun 1890-an berukuran 111 x 99.5cm.

“Dr. David McLanahan juga berhasrat menyerahkan Rantai Kaum Bidayuh, Rantai Pawang Orang Ulu dan aksesori berunsur kenyalang kepada jabatan tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Karim memberitahu pemulangan semula artifak dan objek berkenaan kepada Jabatan Muzium Sarawak menunjukkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan pada 5 Disember lalu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berkenan untuk menghadiahkan Keringkam Diraja miliknya.

Ia merupakan salah satu barang hantaran perkahwinan baginda kepada Kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di Muzium Budaya Borneo.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru