ARTIKEL

Warna-warni bunga cyclamen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUNGA cyclamen atau nama saintifiknya cyclamen persicum mempunyai bentuk yang unik seperti sayap kupu-kupu. Cyclamen merupakan genus dari 23 spesies tanaman berbunga dalam famili Primulaceae.

Spesies cyclamen berasal dari Eropah dan Timur Tengah.

Namanya pula berasal dari bahasa Greek iaitu “kylos” yang bermaksud bulatan atau roda kerana bahagian bawah bunga bunga cyclamen berbentuk bulat seumpama sebuah roda.

Pokok cyclamen subur dalam suhu berudara lembab dan tumbuh dari umbinya.

Manakala akarnya muncul dari dasar umbi.

Setiap spesies mempunyai bentuk daun berbeza-beza, seperti bercuping, berbentuk lingkaran, bersudut dan juga berbentuk hati.

Warna daun bahagian atasnya juga macam-macam, namun kebanyakan spesiesnya memiliki warna hijau dan perak.

Manakala bahagian bawah daunnya biasanya berwarna ungu, merah atau hijau.

Bunga cyclamen pula berwarn-warni, mulai dari putih, merah, merah jambu sehingga ungu.

Bunga ini ditanam untuk tujuan hiasan, namun sebelum abad ke-20, tanaman ini digunakan untuk meracun ikan di sungai supaya mudah ditangkap. 

BERITA LAIN

Usaha tidak pernah khianati hasil

KUCHING: Usaha selama ini sama sekali tidak pernah mengkhianati hasil. Demikian ungkapan sesuai untuk menggambarkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Alya Athirah Asfia,

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

BERITA TERBARU