Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Warna-warni menjelang Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARATOK: Sambutan Aidilfitri di Saratok semakin dirasai apabila siapnya empat pintu gerbang yang mewarnai malam-malam terakhir Ramadan.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati, ia masing-masing didirikan di Kampung Melango, Kampung Tanjung Hilir dan Kampung Masjid.

Pasukan yang bertanding berusaha sebaik mungkin menonjolkan kreativiti dan seni sesuai tema Muafakat Membawa Berkat.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke Saratok, ronda-rondalah untuk melihat sendiri bagaimana kemeriahan pertandingan pintu gerbang diadakan.

Tahun ini, Pusat Khidmat Adun Kalaka dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (Lakis) sebagai penganjur bekerjasama menjayakan pertandingan dengan menyediakan hadiah lumayan RM3,000 beserta piala bagi johan.

Bagaimanapun pengumuman pemenang hanya akan dilakukan semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Aidilfitri kelak. Untuk naib johan disediakan hadiah RM2,300 beserta piala dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah RM1,500 beserta piala.

Untuk tempat keempat akan menerima RM1,000. Adun Kalaka Mohamad Duri ketika ditanya lanjut berkata, tidak lengkap sambutan Aidilfitri di Saratok tanpa Pertandingan Pintu Gerbang yang diperkenalkan sejak puluhan tahun dahulu.

Baca lain  50 pemandu mabuk ditangkap

“Maksudnya sudah menjadi kemestian dan ia turut mengalami perubahan dari tahun ke tahun.

“Justeru, saya berterima kasih kepada semua pasukan yang telah menghantar penyertaan.

Nampaknya, semangat untuk mengekalkan budaya tradisi lama masih segar,” katanya.

Hadiah kepada pemenang akan disampaikan sendiri oleh Mohamad.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru