ARTIKEL

Premier ketika berucap sempena Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025 di Hotel Pullman Kuching, malam tadi. Foto:UKAS

Wartawan Sarawak Berwibawa, Utamakan Fakta dan Kesahihan Maklumat – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wartawan Sarawak disifatkan sebagai wartawan yang berwibawa dalam menyampaikan maklumat sahih khususnya ketika berdepan dengan era ledakan maklumat ketika ini.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cabaran utama dalam landskap media hari ini ialah usaha mencari kebenaran dan memastikan maklumat yang disampaikan berasaskan fakta yang tepat.

Katanya, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo juga ada menyentuh berkaitan kepentingan kesahihan fakta dan maklumat, perkara ini wajar dipuji.

“Wartawan Sarawak ialah wartawan yang mementingkan fakta dan kesahihan maklumat – wartawan yang berwibawa. Anda menulis, menganalisis dan seterusnya menyampaikan mesej yang boleh dipercayai kepada masyarakat,” katanya pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2025, di Hotel Pullman Kuching, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut membezakan kewartawanan profesional dengan fenomena semasa kerana semakin ramai pihak muncul dengan platform masing-masing, termasuk audio siar (podcast) peribadi.

“Dahulu tidak wujud audio siar seperti hari ini, tetapi kini semua orang mempunyai audio siar sendiri. Saya juga pernah dijemput oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin (KJ) dalam audio siarnya.

“Sebab itu kita melihat sekarang semakin banyak audio siar ini muncul sehingga masyarakat menjadi keliru. Tetapi akhirnya, mereka juga akan tahu menilai – yang mana kaca, yang mana permata,” ujarnya.

Menjelas lanjut cabaran dunia kewartawanan kini selain teknologi kecerdasan buatan (AI), beliau menegaskan ia juga dilihat dengan kehadiran ‘self-acclaimed influencer’ atau pempengaruh yang mampu mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak.

“Dahulu, fenomena ini tidak wujud dan ia menjadi cabaran kepada wartawan profesional. Mereka ini seolah-olah menjadi pakar dalam semua perkara… ini hanya imaginasi saya, mereka mungkin mendapatkan maklumat menerusi ChatGPT kemudian menulis semula seolah-olah itu idea mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau menegaskan, kewartawanan hari ini perlu mencapai tahap profesionalisme melalui latihan dan pendedahan.

“Saya mengarahkan supaya Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) Datuk Abdullah Saidol untuk menghantar wartawan mengikuti program eksekutif ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Ia bertujuan untuk membentuk wartawan yang benar-benar mampu menganalisis sesuatu isu, mencari penyelesaian dan mencadangkan langkah ke hadapan.

“Itulah hala tuju yang sepatutnya bagi wartawan tempatan di negeri ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Sarawak sasar jana 15GW elektrik menjelang 2035

BANGKOK: Sarawak meletakkan dirinya sebagai kuasa tenaga bersih di rantau ASEAN Selatan dengan sasaran menjana sehingga 15 gigawatt (GW) elektrik menjelang 2035, seterusnya mengeksport lebihan

BERITA TERBARU

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

Peresa dulu isi gambar, grafik AI

KUCHING: Penguna aplikasyen pemintar digaga (AI) dipinta meresa dulu isi gambar tauka grafik ti dipansutka teknologi nya sebedau ngena tauka ngerembai isi nya ba media