Wartawan Suara Sarawak bolot 21 anugerah

KUCHING: Suara Sarawak merangkul 21 anugerah pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang ke-32 yang berlangsung di Hotel Imperial, di sini, malam tadi.

Daripada 21 anugerah tersebut, tujuh emas berjaya diperoleh dan tujuh perak.

Dalam majlis tersebut, Suara Sarawak berjaya membolot tujuh kategori iaitu anugerah kewartawanan sukan, ekonomi digital, kesejahteraan komuniti dan pembangunan luar bandar, ekonomi dan perniagaan, kelestarian, berita, rencana dan berita rencana.

Anugerah lain turut dipertandingkan ialah anugerah foto esei, kewartawanan foto, penyiaran dan anugerah Ketua Menteri.

Selain itu, Suara Sarawak turut merangkul juara dalam kesemua tujuh anugerah tersebut bagi kategori bahasa Iban.

Majlis itu juga diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Suara Sarawak