ARTIKEL

Bernama

Waspada ancaman banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEJAK beberapa hari yang lalu, hujan lebat di kebanyakan bahagian di negeri ini, terutama Kuching.

Ia menyebabkan beberapa kawasn rendah dilanda banjir kilat, terutama pada sebelah pagi. Ia berpunca daripada hujan lebat berterusan dua hingga tiga jam.

Situasi banjir ini telah pun melanda beberapa negeri di Semenanjung terutama di kawasan Pantai Timur hujung 2023.

Jika beberapa tahun yang lalu, banjir di negeri ini biasanya berlaku pada penghujnung tahun atau awal tahun. Namun kini trend banjir kelihatan sudah berubah.

Adakah fenomena ini berpunca daripada perubahan cuaca luar biasa yang melanda beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia atau mungkin proses kitaran cuaca yang kebiasaannya terjadi dalam tempoh tertentu?

Umum mengetahui iklim adalah fenomena abstrak, sebab itu pada satu tempoh masa akan berlakunya kejadian cuaca luar biasa atau melampau.

Namun, adakah ini juga terhasil daripada hasil gabungan beberapa faktor seperti suhu, kelembapan, kelajuan angin selain peningkatan gas rumah hijau?

Bencana yang berlaku akibat perubahan cuaca hari ini tidak harus dipandang remeh, kerana kebiasaannya amat jarang berlaku.

Banjir berlaku di sana sini, sehingga banyak penempatan dan rumah panjang terjejas.

Tidak kurang juga terkandas dan hilang punca rezeki.

Cuaca adalah keadaan udara di atmosfera pada waktu dan tempat tertentu yang sifatnya tidak menentu dan sering berubah-ubah. Yang pasti, fenomena alam ini bukanlah sesuatu yang boleh dikawal manusia.

Suka atau tidak perubahan itu menuntut setiap individu manusia bersiap sedia untuk menghadapinya sebelum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pada masa yang sama, agensi yang berkaitan juga perlu memperkemaskan strategi, melakukan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku.

Tahun lalu kerajaan memperuntukkan lebih RM16.4 juta bantuan bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 sebagai persediaan menghadapi banjir seluruh negara.

Daripada jumlah itu sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kepada 160 daerah.

Selain itu, RM1.08 juta pula disalurkan kepada lapan agensi dan sekretariat JBPN seperti polis, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Manakala, hampir RM2.6 juta pula diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelengaraan dan penambahbaikan Fasa 1 untuk pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Pada masa yang sama, sebanyak 320 bot fiber enjin dan jaket keselamatan disalurkan untuk pemeriksaan komuniti sepanjang Monson Timur Laut (MTL) berlaku dengan jumlah peruntukan bernilai RM4.8 juta.

Tidak dinafikan, kerajaan turut menambah baik logistik sedia ada dan beberapa program bersama agensi dan komuniti terlibat bagi memastikan pengurusan banjir dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Jika dibandingkan dengan negara lain di dunia, rakyat negara ini sebenarnya sangat bertuah, kerana bantuan bencana sudah termaktub dalam agenda kerajaan.

Sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja meringankan beban mereka yang terjejas tetapi juga membantu mereka meneruskan hidup tatkala berdepan musibah.

BERITA LAIN

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan