ARTIKEL

Karim bercakap pada sidang media di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Waspada ‘bookie’ SUKMA XXI Sarawak 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menjangkakan wujud kegiatan pengendali pertaruhan atau ‘bookie’ dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

Katanya ia memandangkan tahap SUKMA masih sangat rendah untuk menarik kegiatan ‘bookie’.

Bagaimanapun, beliau menegaskan sekiranya kegiatan itu berlaku, pihaknya akan mengambil tindakan keras.

“Saya sangat benci melihat kegiatan ini dan berharap ia tidak akan berlaku tetapi perkara seperti ini sukar untuk kita jangkakan,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Karim juga berharap khususnya atlet-atlet Sarawak bersih daripada kegiatan rasuah itu.

“Setakat ini, saya yakin atlet kita mempunyai semangat yang tinggi dan ramai dalam kalangan mereka kini sedang menjalani motivasi mental di Kem Putra Sentosa, Sematan,” katanya.

Sementara itu, Karim mengutuk keras insiden membabitkan tiga pemain bola sepak, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

“Sangat menyedihkan mendengar kejadian seperti ini berlaku ke atas pemain kebangsaan kita, ia sangat serius lebih-lebih lagi melibatkan kes simbah asid dan siasatan mendalam harus dijalankan,” katanya.

Akhyar diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu manakala Faisal disimbah dengan asid, dan kes terbaharu melibatkan Safiq apabila cermin belakang keretanya dipecahkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dedahkan pelajar hala tuju kerjaya, kenali potensi diri

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan sekurang-kurangnya 552 sekolah pelbagai aliran di seluruh negara menyertai MYFutureJobs Career Exploration Programme (CEP). Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk