Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Waspada, lapor kepada polis mengenai jenayah komersial

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ahsmon (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara polis sempena Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, di sini hari ini
Ahsmon menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, di sini hari ini.

KUCHING: Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan merujuk kepada pihak berkuasa agar tidak menjadi mangsa jenayah komersial.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kes berkenaan menyaksikan peningkatan khususnya membabitkan pembelian dalam aplikasi e-dagang serta peraduan yang menawarkan hadiah lumayan.

Jelasnya, masyarakat tidak mungkin memenangi sesuatu cabutan bertuah yang tidak disertai atau daripada sesuatu peraduan yang tidak diperakui.

“Ramai yang membuat laporan dan kita akui ia semakin meningkat.

“Majoriti mangsa yang terlibat seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya menerima tawaran yang lumayan, terlalu mewah dan terlalu cantik didengar,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, di sini hari ini.

Justeru katanya, orang ramai harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan bertindak proaktif melaporkan unsur penipuan jenayah komersial tersebut.

Dalam pada itu Ahsmon berkata, jenayah indeks bagi enam bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 32.29 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Manakala, katanya, kes jenayah kekerasan dalam tempoh enam bulan tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 30.19 peratus.

Bagi kes jenayah narkotik, beliau berkata, sebanyak 900 kertas siasatan telah dibuka sepanjang Januari hingga Jun ini.

Ahsmon (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pesara polis sempena Perhimpunan Bulanan IPD Kuching, di sini hari ini

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang