ARTIKEL

Waspada ‘scammer’ di ambang perayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Musim perayaan sering menjadi masa yang dinanti-nantikan oleh penyanggak penipuan kewangan untuk melakukan aktiviti mereka, kata Ketua Bank Negara Malaysia (BNM) Kuching, Mohd Irman.

Menurutnya, dengan meningkatnya aktiviti perbelanjaan, perjalanan dan urusan kewangan lain semasa musim perayaan, individu menjadi lebih rentan kepada pelbagai jenis penipuan.

“Oleh itu, adalah penting untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa kepada ‘scammer’,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, Mohd Irman berkata beberapa tips praktikal perlu diamalkan oleh orang ramai yang secara langsung boleh membantu mengelakkan diri daripada terjebak menjadi mangsa penipuan kewangan semasa musim perayaan Hari Raya nanti.

Beliau berkata, antaranya orang ramai harus berhati-hati terhadap tawaran promosi yang tidak masuk akal semasa musim perayaan.

“Terdapat banyak tawaran promosi yang ditawarkan oleh pelbagai pihak tetapi anda perlu berhati-hati terhadap tawaran yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan kerana scammer sering menggunakan taktik tawaran palsu untuk menarik perhatian mangsa mereka.

“Sebelum membuat pembelian, pastikan untuk menyemak kredibiliti penjual dan menilai tawaran dengan rasional,” katanya.

Baca lain  Baik pulih Jambatan Batang Mukah dibuat selepas penilaian pakar

Selain itu, katanya adalah dengan mengelak pembelian melalui platform yang tidak dikenali kerana terdapat kemungkinan tinggi ‘scammer’ atau peniaga palsu atau laman web palsu yang cuba menipu maklumat peribadi atau kewangan individu.

“Sentiasa pastikan untuk membuat pembelian hanya melalui platform yang dipercayai dan selamat,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Irman berkata orang ramai perlu memantau penggunaan kad kredit atau debit dan sekiranya terdapat transaksi yang mencurigakan, laporkan kepada bank dengan segera.

Beliau menambah, tips lain ialah waspada terhadap panggilan atau e-mel yang mencurigakan serta amalkan langkah-langkah keselamatan siber kerana ‘scammer’ sering menggunakan laman sesawang palsu atau aplikasi APK untuk mencuri maklumat peribadi atau kewangan pengguna.

“Jangan mendedahkan butiran peribadi atau kewangan di media sosial, periksa kredibiliti penjual atau peniaga di platform dalam talian serta lakulan semakan bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Mohd Irman berkata dengan mengamalkan tips-tips keselamatan tersebut dan sentiasa berwaspada setiap masa, orang ramai akan dapat meningkatkan kesedaran dan melindungi diri daripada penipuan kewangan semasa musim perayaan.

Baca lain  Virus corona: Pintu masuk ke Sarawak diperketatkan

“Sentiasa berhati-hati, teliti dan waspada terhadap tanda-tanda penipuan serta pastikan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada institusi kewangan anda dan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata untuk mendapat informasi terkini tentang modus operandi ‘scammer’, orang ramai boleh melayari https://www.jangankenascam.com/my/ dan Facebook Amaran Scam, https://www.facebook.com/amaranpenipuan/.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh