ARTIKEL

Waspada serangan Pink WhatsApp

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berbahaya yang dikenali sebagai Pink WhatsApp kerana ia menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

SKMM memaklumkan aplikasi berkenaan kononnya menawarkan ciri keselamatan dan privasi lebih baik, antaramuka boleh diubah suai serta keupayaan menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan.

“Aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik, halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular,” kata kenyataan itu semalam.

Bagaimanapun, selepas dimuat turun, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai sumber dalam telefon pintar pengguna seperti foto, mesej SMS dan senarai kenalan, yang menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

“Pengguna mungkin menerima mesej dan pautan yang kelihatan seperti daripada WhatsApp yang menjemput mereka untuk mencuba aplikasi baharu itu,” menurut SKMM sambil menasihati orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi itu dan segera memadamnya jika ia sudah ada pada peranti mudah alih mereka.

Semua pengguna dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan “Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov. my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030.

SKMM juga mengesyorkan orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Galeri Apl Huawei.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU