ARTIKEL

Screenshot

WATIE tepis fi tnah rumah tangga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Hampir empat tahun memendam rasa, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hani ah, akhirnya tampil bersuara bagi menepis dakwaan yang mengaitkan hubungan mereka dengan kecurangan ketika Almarhumah Siti Sarah Raissuddin masih hidup.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hani‚ ah, 37, berkata, dia dan Shuib tidak pernah mengenali antara satu sama lain ketika Almarhumah Siti Sarah masih ada.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad lalu, Watie turut menjelaskan salah faham berhubung sebuah video lama yang memaparkan dirinya bermain golf, apabila suara lelaki dalam rakaman itu didakwa milik Shuib.

Sebaliknya, Watie mendakwa lelaki berkenaan merupakan rakannya yang lain, sekali gus mena‚ kan tanggapan yang mengaitkan video tersebut dengan hubungan sulit bersama Shuib.

Kongsinya, keputusan untuk tampil memberikan penjelasan bukanlah semata-mata untuk mempertahankan diri, sebaliknya didorong oleh tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada lima anak.

“Setelah berumah tangga, mempunyai sebuah keluarga dan menjadi ibu kepada lima anak, sangat mengubah diri saya kerana ia memberi erti yang sangat mendalam.

“Kini saya tidak mampu lagi untuk menjadi insan yang hanya berdiam diri apabila perkara ini melibatkan perasaan anak-anak saya dan juga arwah ibu kepada anak-anak saya.

“Kebenaran yang ingin saya katakan adalah, saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sejak arwah masih hidup,” katanya.

Watie mengakui sebelum ini memilih untuk berdiam diri meskipun berdepan pelbagai tohmahan dan hinaan, namun keadaan kini berbeza apabila perkara itu turut menyentuh perasaan anak-anak mereka serta nama baik Almarhumah Siti Sarah.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk mempertahankan diri kerana saat ini ia bukan lagi tentang saya seorang, tetapi melibatkan harta dunia akhirat saya iaitu anak-anak.

“Dulu, walau apa-apa sahaja tohmahan dan hinaan, saya terima dan tidak pernah ingin melawan, apatah lagi membahaskannya.

Kerana saya tahu saya juga punya kekurangan, punya aib pada masa lalu yang masih lagi Allah simpan,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Watie turut memperjelas dakwaan yang pernah mengaitkan Shuib dengan usahawan kontroversi, Eddy Kana Menurutnya, Shuib tidak pernah mengenali Eddy Kana secara peribadi, malah perkara itu turut disahkan sendiri oleh individu berkenaan ketika dia bertanyakan perkara tersebut.

“Dan selepas saya mengenali suami yang bukan daripada sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana sama ada dia mengenali suami saya secara peribadi.

“Dari mulutnya sendiri, dia mengatakan tidak pernah mengenali dan tiada apa-apa hubungan bisnes dengan suami saya,” jelasnya.

Mengakui dirinya bukan insan yang sempurna dan mempunyai kisah silam tersendiri, Watie berharap penjelasan berserta bukti yang dikemukakan dapat menghentikan segala dakwaan yang berlarutan selama ini.

Malah, dia menjelaskan keputusannya untuk menjauhkan diri daripada kelompok rakan dalam dunia hiburan bukanlah kerana menganggap mereka tidak baik, sebaliknya melihatnya sebagai satu pengorbanan demi membina rumah tangga yang diredai.

“Dengan memberi bukti ini bukan bermakna menunjukkan saya orang yang lebih baik atau suci, tetapi saya mengharapkan semoga selepas ini segalanya akan terhenti di sini.

“Dan bukan bermakna Allah jauhkan saya daripada teman lama kerana mereka tidak baik buat saya, tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan bersama teman-teman demi sebuah rumah tangga itu menjadi asbab untuk saham saya di akhirat kelak.

“Janganlah hanya memandang saya atau suami sahaja, tetapi pandanglah anak- anak saya juga,” luahnya.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i