ARTIKEL

Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman

Wawasan Almarhum Tun Taib Lahirkan Ramai Anak Sarawak Berpendidikan Tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ahli akademik, Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman menyifatkan Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai wawasan yang amat jelas terhadap kepentingan pendidikan dalam memastikan kelestarian kemajuan dan masa depan Sarawak akan terjamin, dengan adanya golongan berpendidikan tinggi yang bakal mewarisi kepimpinan negeri.

Katanya wawasan Almarhum itu ternyata membuahkan hasil dengan lahirnya ramai anak tempatan yang berjaya menjadi golongan teknokrat dan profesional seperti yang dapat dilihat hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata sewaktu menjadi Ketua Menteri, Almarhum telah memberi penekanan terhadap sektor pendidikan melalui banyak inisiatif dan peruntukan bagi membolehkan anak Sarawak mendapat akses pendidikan yang terbaik.

“Beliau adalah antara contoh seorang pemimpin berwawasan yang bijaksana dan tahu akan pentingnya pendidikan dalam pembentukan masyarakat dan kemajuan negeri,” katanya yang dihubungi.

Mohd Fadzil menambah, perjuangan bekas Yang di-Pertua Negeri itu bersama-sama pemimpin tempatan lain bagi mendapatkan akses pendidikan yang lebih baik untuk anak tempatan sehingga tertubuhnya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan antara sumbangan amat besar kepada sektor pendidikan.

Baca lain  Pemimpin DAP Sarawak: Tun Taib letak asas kukuh, lonjak pembangunan

Justeru, beliau yang juga Penolong Naib Canselor (Kepimpinan Dan Pembangunan) UNIMAS berkata pemergian Taib merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan Sarawak secara khususnya.

Katanya Almarhum selayaknya digelar bapa permodenan Sarawak atas komitmen dan jasa bakti beliau mempelopori dan merintis laluan bagi membolehkan Sarawak muncul sebagai salah sebuah negeri yang amat menyerlah dalam segenap aspek terutamanya dalam pembangunan serta kemajuan desa dan bandar yang berterusan.

“Terlalu banyak lagi sumbangan besar yang disumbangkan oleh tokoh ini.

“Sukar buat siapa saja untuk menafikan segala jasa bakti yang telah beliau curahkan buat Sarawak dan selayaknya segala sumbangan yang telah diberikan itu mendapat pengiktirafan dan pujian,” katanya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa