ARTIKEL

Dr Stephen Rundi (kiri) dan Sharifah Hasidah Sayeed (kanan).

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus memodenkan Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kehilangan figura penting dalam politik itu merupakan kehilangan besar buat Sarawak dan rakyatnya.

“Lebih-lebih kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana Allahyarham telah melakukan begitu banyak perkara untuk memodenkan Sarawak.

“Jadi kami terhutang budi dengan jasa beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya yang diadakan di Hotel Imperial, hari ini.

Pada masa sama kata Dr Rundi, berkata Tun Taib bukan sahaja mentor peribadinya tetapi juga tulang belakang kepada GPS.

“Allahyarham adalah tonggak sebenar di sebalik kekuatan GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dan di bawah kepimpinannya, parti telah mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya,” katanya.

Sementara menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed, hari ini merupakan hari yang menyedihkan bagi rakyat Sarawak.

“Semoga Allah mencucuri rahmatNya terhadap Tun dan Semuga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Terlalu banyak jasa Tun kepada Sarawak. Jasamu dikenang Tun,” katanya menerusi catatan Facebooknya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,