Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

WCIT2023 bakal berlangsung 4 hingga 6 Oktober ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pengerusi World Innovation, Technology and Services Alliance Dr Sean Seah (dua kanan) menyerahkan cenderamata kepada Abang Johari, semasa kunjungan hormat SDEC, hari ini.
Pengerusi World Innovation, Technology and Services Alliance Dr Sean Seah (dua kanan) menyerahkan cenderamata kepada Abang Johari, semasa kunjungan hormat SDEC, hari ini.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Digital Ekonomi Sarawak (SDEC) di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani itu bertujuan memberi taklimat dan menjemput Premier Sarawak melancarkan Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia ke-27 (WCIT2023) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bermula 4 hingga 6 Oktober 2023.

SDEC dalam satu kenyataan hari ini berkata, kongres dengan tema ‘Memenuhi Janji Era Digital’ tersebut memfokuskan kepada Inovasi dan Teknologi Memacu Kemakmuran Ekonomi, Keterangkuman Sosial dan Kelestarian Alam Sekitar.

Ia juga akan merangkumi perbincangan untuk membahaskan implikasi dalam kemajuan teknologi kepada arah aliran undang-undang, politik dan ekonomi yang mempengaruhi proses perniagaan teknologi maklumat, pembentangan penyelesaian inovatif daripada teknologi terobosan baru muncul, baharu dan terkini, serta mesyuarat B2B dan G2G.

“Ini untuk mengenal pasti dan menjamin peluang pelaburan baharu untuk pelbagai domain perindustrian daripada penjagaan kesihatan, pengangkutan dan logistik, pertahanan, minyak dan gas kepada sektor kewangan,” katanya.

Sebelum ini, SDEC bagi pihak Kerajaan Sarawak telah memenangi bidaan untuk menganjurkan WCIT tahun ini pada 15 September 2022 semasa WCIT2022 di Pulau Pinang dan mendapat kelulusan sebulat suara oleh jawatankuasa WITSA.

WCIT 2023 akan menyaksikan pemimpin dunia, penggubal dasar, ahli akademik dan komuniti digital daripada sains, teknologi dan kemanusiaan berkumpul untuk membincangkan cabaran dan pendekatan sedia ada berkaitan era digital di rantau Borneo.

Selain itu, acara tiga hari itu akan menampilkan lebih 2500 delegasi, 80 negara dan 200 penceramah daripada industri, pemimpin kerajaan dan ahli akademik.

Kunjungan hormat itu turut diiringi oleh Pengerusi World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Dr Sean Seah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WITSA, Datuk Dan E Khoo, Pengerusi PIKOM, Ong Chin Seong dan Ketua Pegawai Eksekutif PIKOM Ong Kian Yew.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan