ARTIKEL

WCK gesa siasat serangan Israel bunuh tujuh petugas bantuan kemanusiaannya di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: The World Central Kitchen (WCK) pada Khamis meminta supaya siasatan bebas diadakan terhadap serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan pertubuhan itu dan membunuh tujuh petugas bantuan kemanusiaannya di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA). 

“Kami meminta Kerajaan Australia, Kanada, AS) Poland dan UK menyertai kami bagi menuntut satu siasatan bebas melibatkan pihak ketiga terhadap serangan ini termasuk sama ada ia dilaksanakan dengan sengaja atau sebaliknya melanggar undang-undang antarabangsa, kata WCK dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawangnya.  

Semalam bagi memastikan integriti siasatan, kami meminta Kerajaan Israel supaya segera memelihara segala dokumen, komunikasi, rakaman video/audio dan bahan lain yang berpotensi dan relevan dalam serangan 1 April  itu.

Ini merupakan satu serangan tentera yang melibatkan pelbagai serangan dan menyasarkan tiga kenderaan WCK.

Kesemua tiga kenderaan itu membawa orang awam, kenderaan itu ditanda sebagai kenderaan WCK dan pergerakan mereka mematuhi sepenuhnya kehendak pihak berkuasa Israel yang tahu jadual perjalanan, laluan dan misi kemanusiaan mereka,” kata WCK.

Ia berkata satu siasatan bebas merupakan satu-satunya cara untuk menentukan apakah yang sebenarnya berlaku, memastikan ketelusan dan kebertanggungjawapan kepada mereka yang bertanggungjawab dan mengelakkan daripada serangan ke atas petugas bantuan kemanusiaan daripada serangan akan datang. 

Petugas yang terbunuh dalam serangan Israel itu ialah warganegara Australia, Poland, UK dan Palestin selain daripada mereka yang mempunyai dwikewarganegaraan AS-Kanada.

  • Bernama-Wafa

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)