ARTIKEL

Low Wee Wern | BERNAMA

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi.

Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33 tahun itu melalui  hantaran di Facebook rasminya.

“Hari ini sememangnya tidak dapat dielakkan tetapi banyak yang telah saya tempuhi sepanjang perjalanan ini!

Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang menyokong saya, penaja saya dan semua orang di sepanjang karier.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi yang saya terima telah menjadi pendorong di sebalik perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini.

“Walaupun episod ini berakhir, minat saya dalam sukan ini terus kekal dan akan terus memberi inspirasi kepada insan lain.

Inilah permulaan baharu, perjalanan baharu yang penuh dorongan, keazaman dan motivasi.

Saya teruja dengan peluang yang ada di hadapan.

Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini!

Saya sangat-sangat bersyukur,” katanya.

Sebelum ini bekas pemain nombor lima dunia itu pernah menyatakan hasrat untuk bersara selepas bergelut mencapai prestasi terbaik susulan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) di lutut kirinya.

Wee Wern pernah mencapai kemuncak dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dengan menjadi pemain Malaysia kedua dalam sejarah selepas legenda skuasy Datuk Nicol David yang memecahkan kedudukan lima teratas.

Beliau dalam masa sama pernah membantu kem skuasy negara meraih emas acara berpasukan masing-masing pada Sukan Asia 2010 (Guangzhou) dan 2014 (Incheon). – BERNAMA

BERITA LAIN

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di