WHO: Jika lalai, 190,000 warga Afrika maut akibat Covid-19

WHO menganggarkan sekitar 190,000 penduduk Afrika terdedah dengan kematian, jika seluruh negara di benua itu gagal memerangi penyebaran Covid-19.

Memetik CNN pada Jumaat, Pengarah Wilayah Afrika untuk WHO Dr. Matshidiso Moeti berkata, walaupun Covid-19 di Afrika tidak tersebar meluas seperti di tempat lain, tetapi virus itu mudah tersebar di lokasi yang menjadi pusat kes.

Moeti menambah Covid-19 dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia beberapa tahun akan datang, kecuali kerajaan di seluruh Afrika bertindak proaktif.

Justeru, pemeriksaan, isolasi dan pengubatan perlu dipandang penting. WHO sebelum ini menjangkakan 29 juta orang daripada 44 juta penduduk di Afrika terdedah kepada virus korona pada tahun ini dengan 5.5 juta penduduknya dirawat.

Setakat ini, kemudahan perubatan di Afrika tidak mencukupi bagi berdepan dengan kemungkinan jangkitan Covid-19 sebanyak itu.

Mac lalu lembaga kesihatan Afrika melaporkan hanya terdapat sembilan katil di Unit Rawatan Intensif (ICU) bagi setiap sejuta penduduk di 47 negara di Afrika.