ARTIKEL

WHO: Jumlah kes global Covid-19 kembali meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Lebih 2.6 juta kes baharu dilaporkan minggu lalu, meningkat tujuh peratus berbanding minggu sebelumnya, selepas menunjukkan penurunan enam minggu berturut-turut. Ia didorong peningkatan kes di Timur Tengah (14 peratus), Selatan-Asia Timur (sembilan peratus), Eropah (sembilan peratus) dan Amerika (enam peratus).

“Kemungkinan peningkatan termasuk penularan varian baharu yang lebih mudah tersebar dan dikenali sebagai VOC, langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang semakin longgar serta masyarakat mula jemu untuk mematuhi langkah-langkah itu,” kata WHO.

Sementara itu angka kematian mingguan terus menurun dengan lebih 63,000 kematian dilaporkan minggu lalu, turun enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian