WHO perlu RM13b untuk vaksin, rawat Covid-19

ORGANISASI Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan langkah dan inisiatif mempercepat ujian Covid-19 dan penyediaan vaksin serta rawatan memerlukan dana lebih AS$30 bilion (hampir RM13 bilion).

Setakat ini AS$3.4 bilion sudah disalurkan dengan WHO membayangkan tambahan dana AS$27.9 bilion diperlukan 12 bulan ke depan, termasuk AS$14 bilion untuk keperluan segera ketika ini.

Memetik AFP, Ngozi OkonjoIweala, wakil Access to Covid-19 Tools (ACT) berkata, WHO perlu bergerak sebelum kesulitan ekonomi semakin parah.

Menurut ACT jika tidak dimulakan sekarang, kos mungkin boleh melonjak sehingga trilion.

Dengan dana tersebut, 500 juta kit ujian Covid-19 dan 245 juta program perubatan dapat dihantar ke negara miskin dan membangun pada pertengahan 2021.

WHO merancang menghantar 2 bilion vaksin pada akhir 2021 khususnya ke negara miskin dan membangun.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, “untuk mengawal penularan Covid-19, kita perlu vaksin yang efektif dalam jumlah yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan langkah dan inisiatif mempercepat ujian Covid-19 dan penyediaan vaksin serta rawatan memerlukan dana lebih AS$30 bilion (hampir RM13 bilion).

Setakat ini AS$3.4 bilion sudah disalurkan dengan WHO membayangkan tambahan dana AS$27.9 bilion diperlukan 12 bulan ke depan, termasuk AS$14 bilion untuk keperluan segera ketika ini.

Memetik AFP, Ngozi OkonjoIweala, wakil Access to Covid-19 Tools (ACT) berkata, WHO perlu bergerak sebelum kesulitan ekonomi.