Trending

Wilfred Yap sedia tampung kekurangan dana kos pembaikan SK Laksamana

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin bersedia menampung kekurangan dana kos pembaikan Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana.

Beliau berkata, sebanyak RM15,000 dana daripada Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Kota Sentosa bakal digunakan bagi menampung kekurangan kos pembaikan bumbung tempat letak kereta yang rosak disebabkan ribut teruk sekitar dua bulan lepas.

“Saya terkejut ketika Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Laksamana memaklumkan bahawa dana untuk membaiki kerosakan di sekolah itu tidak mencukupi.

“Susulan itu, saya akan membuat permohonan kelulusan sebanyak RM15,000 daripada dana MRP Kota Sentosa sebanyak RM2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima surat beserta dokumen sokongan bagi menampung kekurangan membaiki bumbung tempat letak kereta SK Laksamana di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, geran persekutuan yang diperuntukkan oleh ADUN Padungan Chong Chieng Jen kepada PIBG SK Laksamana tidak mencukupi untuk menampung kos pembaikan tersebut.

“Oleh itu, mereka (PIBG SK Laksamana) mengambil inisiatif untuk memohon dana tambahan daripada kami bagi meneruskan pembaikan bumbung tempat letak kereta tersebut.

“Walaupun pendidikan bukan tanggungjawab negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan, kita sentiasa bersedia membantu,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru