ARTIKEL

Willie tidak berminat sertai PKR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin (dua kiri) menjawab soalan pihak media selepas menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura Shivakumar Nair (kiri) dan Setiausaha Utama (Politik) Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur Yong Xin Tian (kanan) di Pusat Khidmat Puncak Borneo, di sini hari ini.

PADAWAN: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin menyatakan tidak berminat untuk menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Malah, beliau juga tidak mahu bercakap mengenai permohonannya menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Pada ketika ini saya tidak berminat untuk menjawab soalan politik.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada kerja ketika ini. Cukuplah dengan soalan politik, saya mahu bekerja,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media Festival Mistik Bidayuh (BMF), di sini hari ini.

Willie sebelum ini meninggalkan PKR pada Mac 2020 apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beliau kemudian menyertai Bersatu, yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Willie memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menggunakan tiket PKR dengan memperoleh 18,885 undi dan majoriti sebanyak 4,005 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Genot Sinel yang meraih 14,860 undi dan calon Aspirasi, Buln Ribos yang mendapat 795 undi.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan