ARTIKEL

Willie umum peletakan jawatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Dalam catatan di Facebook, beliau berkata amat bersyukur kerana diberi peluang mencurah bakti kepada negara khasnya sektor komoditi negara.

“Terima Kasih juga kepada semua kakitangan kementerian yang cukup tekun dan telah memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang perkhidmatan saya,” katanya.

Menurut Willie, kini semua harga sektor komoditi mencapai peningkatan harga yang luar biasa.

Justeru, beliau mendoakan sektor komoditi terus maju dan mampan.

“Semoga negara kita terus aman, makmur dan mempunyai keadaan politik yang stabil di masa mendatang,” katanya.

Bagaimanapun, Willie berkata akan terus berusaha demi keutuhan dan kelangsungan penduduk Parlimen Puncak Borneo.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU