ARTIKEL

Awang Tengah meninjau kemajuan pembinaan Wisma Melayu Sarawak di tapak projek, Jalan Diplomatik, di Kuching, hari ini. FOTO: ALIF NONI

Wisma Melayu Sarawak siap 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Wisma Melayu Sarawak, mercu tanda baharu kebanggaan masyarakat tempatan yang terletak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya, di sini, dijangka siap sepenuhnya pada 7 Mei 2025.

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kompleks yang dibina di kawasan seluas sekitar lapan ekar itu, setakat ini menunjukkan kemajuan pembinaan yang memberangsangkan.

“Hari ini kita meninjau kemajuan pelaksanaan kerja projek pembinaan Wisma Melayu Sarawak yang setinggi dua tingkat.

“Sehingga kini, kemajuannya telah mencapai sekitar 33 peratus, iaitu 55 hari mendahului jadual dan ia dijangka siap sepenuhnya pada 7 Mei tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Wisma Melayu Sarawak, di sini, hari ini.

Bangunan yang dibina dengan reka bentuk menyerupai tengkolok, hiasan kepala lelaki Melayu itu mula dibina pada 8 November 2022 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 30 bulan.

Menelan peruntukan sekitar RM73 juta, bangunan yang juga mengangkat keindahan busana Melayu, keringkam tersebut merupakan milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS memberitahu, kompleks yang dibina pihak kontraktor, Naim Engineering Sdn Bhd berkenaan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Ia akan mempunyai sebuah dewan serbaguna berkapasiti 2,500 orang, bilik seminar, ruang terbuka, galeri sejarah dan budaya Melayu, pejabat pentadbiran, taman landskap, surau serta kemudahan tempat letak kereta sebanyak 290 lot parkir.

“Dengan semua kemudahan ini, ia bakal digunakan untuk mengadakan persidangan dan pameran di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, kesemua pembinaan tersebut merupakan dalam fasa satu, manakala fasa dua kelak melibatkan rancangan untuk membina kemudahan komersial termasuk bangunan hotel.

Apabila siap kelak, wisma cetusan idea mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi Adenan Satem pada 2007, akan menjadi mercu tanda baharu di negeri ini, sejajar dengan visi mencemerlangkan Melayu Sarawak dalam segenap aspek.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Mohd Naroden Majais dan Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Sanib Said serta tetamu kehormat lain.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau