ARTIKEL

Wong Radak POTENSI EKOPELANCONGAN SRI AMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NAMANYA mungkin asing didengar, namun tidak bagi masyarakat di Sri Aman khususnya bagi mereka yang gemar meneroka alam semula jadi.

Wong Radak, bermaksud air terjun besar bagi masyarakat setempat.

Terletak kira-kira 26 kilometer dari Pantu Sri Aman, ia menjadi lokasi tarikan ekopelancongan baharu di Sarawak.

Pusat Ekopelancongan Wong Radak diurus Koperasi Kampung Tuba Sdn Bhd melibatkan penyertaan komuniti setempat dari segi pengoperasiannya.

Pengerusi Koperasi Kampung Tuba Sdn Bhd, Dr Tamoi Janggu berkata, ia diusahakan bersama Jawatakuasan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Ngumbang sejak 2015.

“Untuk ekopelancongan ini sebenarnya kita bermula dengan kerjasama JKKK Rumah Ngumbang dan kerja membina kemudahan asas melibatkan komuniti setempat pada 2012.

“Konsep kerjasama maksudnya semua aktiviti kerja asas kita serah kepada JKKK kerana mereka merupakan komuniti di sini.

“Mereka lebih tahu dan faham operasi di Wong Radak termasuk menjadi penyambut tetamu, tukang masak, mengemas rumah inap, pemandu pelancong dan sebagainya,” katanya. 

Bagi peranan koperasi, jelas Dr Tamoi ia menyediakan latihan serta mencari dana untuk memajukan kawasan ekopelancongan Wong Radak.

Wong Radak dinaik taraf

Usaha memajukan Wong Radak sebagai produk pelancongan di Sri Aman sentiasa diteruskan termasuk mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan.

Kata Dr Tamoi, ia dilakukan secara berperingkat berskala kecil hingga ke tahap yang lebih tinggi.

Langkah itu diambil bagi memastikan kawasan ekopelancongan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap, selesa serta selamat dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara.

“Setakat ini kita menerima dana daripada kerajaan di bawah program transformasi sebanyak RM70,000 pada 2021 dan pada 2022 kita menerima peruntukan RM1,300,000 daripada Agensi Pembangunan Sri Aman (Sada) bagi tujuan kemajuan Wong Radak,” katanya.

Projek naik taraf di bawah Sada itu dijangka bermula pada 2024 dalam usaha menjadikannya destinasi ekopelancongan wajib kunjung di Bahagian Sri Aman.

Biarpun terletak jauh di ceruk hutan, namun keberadaannya turut diketahui pelancong dari luar negara.

MEDIA SOSIAL

Ternyata fungsi media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan Wong Radak sebagai permata tersembunyi di Sarawak.

Dari segi statistiknya, kata Dr Tamoi sambutan pengunjung luar amat menggalakkan dan luar biasa.

Malah, lokasi berkenaan sering dikunjungi pelancong Korea Selatan, Jepun, Australia dan banyak lagi.

“Kumpulan pengunjung dari kelab pacuan empat roda dari Sibu, Serian juga datang,” katanya.

Mana-mana kawasan sekalipun, kemajuan pasti dicapai jika mempunyai infrastruktur asas terutama jalan raya yang mampu menjadi pengubah keadaan kepada sosioekonomi.

Mengambil kira pembinaan Lebuh raya Pan Borneo (LPB), impaknya amat positif kepada rakyat dari segi pembukaan peluang dan ekonomi baharu.

Begitu juga di Wong Radak yang memerlukan akses jalan ke kawasan tersebut yang kini hanya bergantung kepada laluan dari Pantu sejauh 26 kilometer.

“Untuk Wong Radak lebih maju, jalan menjadi perkara yang perlu kita fikirkan. 

“Saya mohon pihak berwajib pertimbangkan akses jalan lain seperti dari Kampung Menangkin atau Simunjan menerusi Terasi kira-kira tujuh kilometer,” katanya.

Beliau yakin dengan adanya akses jalan, ia boleh mengubah keadaan ekonomi masyarakat setempat sekali gus memajukan kawasan ekopelancongan Wong Radak.

Penglibatan komuniti setempat

Pengoperasian kawasan ekopelancongan Wong Radak katanya disertai penduduk tempatan yang memainkan peranan masing-masing.

Mereka terlibat dalam hospitaliti yang disediakan dan ditawarkan kepada pengunjung.

Antaranya, pemandu pelancong, penyambut tetamu, tukang masak, operator rumah inap dan sebagainya.

Ia secara tidak langsung mengamalkan pendekatan konsep kerjasama yang tidak meminggirkan penglibatan komuniti tempatan.

WonG Radak produk STB

Seperti lokasi pelancongan lain di Sarawak, Wong Radak juga mempunyai impian untuk disenarai dan dijadikan sebagai salah satu produk di bawah Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Bagaimanapun kata Dr Tamoi, perancangan dibuat tetapi hanya menunggu masa untuk diketengahkan kepada agensi berkaitan.

Ketika ini, usaha tertumpu ke arah menaik taraf Wong Radak dengan melengkapkan infrastruktur asas termasuk menekankan aspek keselamatan.

“Kita memang ada perancangan untuk meletakkan Wong Radak sebagai salah satu produk di STB, cuma ketika ini belum lagi dilaksanakan secara agresif lagi sebab kita masih memperbaiki keadaan kemudahan asas di sini terlebih dahulu.

“Apabila kita sudah melaksanakan peruntukan daripada Sada diharap banyak kemudahan boleh ditambah baik, selepas itu kita berjumpa dan bekerjasama dengan STB,” katanya.

Setakat ini katanya, Wong Radak juga dipromosi oleh STB menerusi media sosialnya.

LAIN-LAIN BERITA

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

Perkhemahan lasak bahasa Arab

LIMA puluh enam murid dari 17 sekolah di sekitar daerah Simunjan baru-baru ini menyertai Perkhemahan Bahasa Arab (Mukhayyam ‘Arabiy) Peringkat Negeri Sarawak Siri Satu selama

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain. Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan

Untuk apa berpersatuan penulis?

KATA Shahnon Ahmad dalam bukunya Weltanschauung Suatu Perjalanan Kreatif (DBP, 2008:340): Dalam perjalanan kreativiti selama ini, salah satu aspek yang sering tidak dapat dilupakan dan

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais