ARTIKEL

Hebahan program 'World Quran Hour 2024' yang akan diadakan di Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya.

‘World Quran Hour 2024’ anjuran Pustaka Negeri Sarawak Sibu pada 4 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Program ‘World Quran Hour 2024’ akan diadakan di Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya di sini pada 4 April ini.

Menurut jurucakap penganjurnya, program yang bermula jam 9 pagi itu adalah anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dengan kerjasama Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya.

Menurutnya lagi, ‘World Quran Hour’ turut diadakan di seluruh dunia.

“Program ‘World Quran Hour’ diadakan bertujuan untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia.

“Tahun ini ‘World Quran Hour’ membawa misi Surah Juma’ah dengan bertemakan ‘Kesatuan dan Transformasi Sosial’,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara pengisian program adalah ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Habib Nael Taher.

“Program ini juga dapat ditonton secara siaran langsung menerusi platform Facebook Pustaka Negeri Sarawak, Sibu,” katanya.

Menurutnya lagi, penyertaan adalah percuma dan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti, Pustaka Negeri Sarawak Sibu di talian 019-8193440/084-315200.

BERITA LAIN

Peragut ditangkap orang awam, rakan lolos

PADAWAN: Seorang peragut berjaya ditangkap orang awam sementara seorang rakan sejenayahnya lolos dan melarikan diri ketika cuba meragut seorang wanita di Taman Desa Wira dekat

BERITA TERBARU